28.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan bertekad rampas kembali kerusi BN

BASHIR yang diumum sebagai Calon BN bagi kerusi Parlimen Labuan disambut oleh penyokong BN setibanya di lapangan terbang Labuan, pagi ini (Khamis

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan bertekad untuk merampas  semula kerusi Parlimen P166 Labuan yang dimenangi pada PRU ke 14.

Calon Barisan Nasional (BN))  bagi kerusi Parlimen P166, Senator Datuk Bashir Alias berkata, UMNO Bahagian Labuan bersama parti Komponen BN akan bekerja keras bagi merealisasikan kerusi Parlimen yang sebelum ini di menangi  calon BN tetapi  penyandangnya telah melompat ke parti Warisan  selepas BN kalah pada PRU ke 14 yang lalu akan menjadi milik BN semula.

“Kami bertekad untuk merampas semula kerusi yang kami menangi pada PRU ke 14, dimana calon kita telah melompat parti ke Warisan.

“Dengan kesiapsiagaan jentera parti kita (BN)…kita pasti dan yakin akan  dapat merampas kembali kerusi BN untuk kita hadiahkan kepada pucuk pimpinan parti” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas kembali daripada menerima watikah pencalonannya bagi kerusi P166 Wilayah Persekutuan Labuan, di Pusat Markas BN, Kampung Sungai Lada, pagi ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan turut berharap kempen  Pilihan Raya kali ini dijalankan secara ‘beradab’ dan tidak membuat serangan peribadi ke atas lawan masing-masing.

“Berkempen dengan melakukan  serangan peribadi ke atas calon yang bertanding hanya akan memecah belahkan perpaduan masyarakat  berbilang kaun di pulau ini

“Berkempenlah secara berhemah tanpa menyerang secara peribadi atau fitnah” katanya.

Pada PRU kali ini, Bashir yang turun bertanding buat pertama kalinya akan ditentang oleh dua sahabat beliau yang masing-masing pernah memenangi pada PRU yang lalu  atas tiket BN sebelum berpindah parti lain.

Mereka ialah  penyandang kerusi BN pada PRU -14  Datuk Rozman Isli yang kini bertanding atas tiket parti Warisan, dan mantan Ahli Parlimen  Datuk Suhaili Abdul Rahman  yang bertanding atas tiket Pakatan Nasional (PN).

Selian itu, dua lagi calon yang disebut sebut  untuk bertanding di Parlimen Labuan ialah Datuk Dr. Ramli Tahir daripada parti Amanah mewakili  Pakatan Harapan (PH) dan seorang lagi ialah Datuk Seri Ramli Mat Daly daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA).

Terdahulu, kira-kira 100 penyokong  setia UMNO menyambut kepulangan Datuk Bashir di Lapangan Terbang Labuan selepas beliau diumumkan sebagai Calon BN  bagi kerusi P 166 Labuan, pada Selasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN