32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO/BN Labuan pertahan kerusi P166 yang dimenanginya  sejak PRU ke 8

PEMIMPIN… Bashir (tengah) bersama barisam kepimpinan UMNO Bahagian. Turut kelihatan tiga ahli veteran UMNO Labuan, Datuk  Yusof Mohammad ( lima dari kanan), Hasnah Sambas ( (lima dri kiri) dan Haji Abu Samah  (tiga dari kiri)

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan optimis kerusi P166 Labuan  yang dimenangi oleh BN menerusi calon  UMNO   sejak PRU ke 8 akan dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke 15.

Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga bakal calon BN kerusi P166 Labuan, Senator Datuk Bashir Alias yakin pengundi akan terus memberi kemenangan  kepada calon UMNO bagi mempertahankan  kerusi BN yang dimenangi sejak PRU ke 8.

“Pada dasarnya, UMNO Labuan telah diberi mandat untuk bertanding pada PRU ke 15   bagi mengembalikan  kerusi Parlimen ke pangkuan UMNO selepas penyandang  (Datuk Rozman Isli) pada PRU ke 14 menyertai parti Warisan”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan di Desa Tunas Hijau, dekat sini, pada Ahad.

Ketika berucap dihadapan lebih 500 ahli perwakilan yang hadir Bashir menyeru kepada semua jentera parti untuk  terus melipatgandakan usaha bagi  memastikan UMNO/BN  dapat dipertahankan pada PRU ke 15.

“Harus diingat  dalam tempoh berbaki yang tinggal beberapa minggu lagi bagi menghadapi PRU ke 15, kita sebenarnya berada ditengah-tengah  pertarungan politik yang akan menentukan parti UMNO masih menjadi pilihan rakyat… justeru itu ahli-ahli UMNO  tidak boleh memandang mudah dengan apa yang kita menangi sejak PRU  ke 8” katanya.

Dalam pada itu, Bashir yang juga Pengerusi BN Labuan menjangkakan   sekurang-kurangnya empat atau lima calon   akan bertanding  untuk merebut kerusi P166 yang melibatkan calon dari parti Warisan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), BERSATU,  UMNO  dan tidak menolak kemungkinan juga akan ada  seorang calon Bebas.

Hadir sama,Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani, Naib Ketua UMNO Bahagian, Sahari Tarji, Ketua Wanita, Niswati Tarji, Ketua Pemuda, Musa Basman, Ketua Puteri,  Jura’adhiyah Dr Harundan Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN