24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Umat Islam disaran contohi keperibadian Nabi Muhammad SAW

MAULIDUR RASUL… Bashir (dua dari kanan), Rithuan (kanan sekali), Rozman (tiga dari kanan0 dan Mohd Fadzil (dua dari kiri) yang hadir pada majlis tersebut.

LABUAN:  Umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan disaran mencontohi keperibadian dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam semua aspek kehidupan.

Demikian disarankan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan dekat sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, sambutan Maulidur Rasul pada setiap 12 Rabiul awal merupakan  tanda kasih sayang dan ingatan terhadap junjungan besar  Nabi Muhammad SAW bagi mengenang kembali perjuangan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiyah sehingga Umat Islam  mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini.

“Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini, hakikatnya bukan sekadar sambutan hari lahir Baginda Rasulullah SAW semata-mata,  tetapi ia membawa suatu makna yang amat besar kepada seluruh manusia, bahkan kita mestilah mengambil iktibar dan mengikuti  segala apa yang telah ditinggalkan oleh Baginda SAW kerana baginda adalah contoh teladan terbaik kepada manusia khususnya umat Islam” katanya.

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 umat Islam itu telah diimarahkan dengan persembahan Qasidah dari kumpulan Qasidah Ar-Raudah Madrasah Imam An-Nawawi, Papar Sabah  dan Tausiyah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Habib Syed Naqjamuddin Syed Othman dan Ustaz Mat Razali Mat Lazin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan,  Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila dan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Haji Mohd Fadzil Abu Kasim serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan, Ustazah Sharidah Zainal Abidin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN