25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ulangtahub Perkahwinan mampu pupuk kasih sayang sejati

INANAM: Majlis Ulangtahun Perkahwinan mampu mempupuk kasih sayang sejati antara dua insan yang bersatu (berkahwin) dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak dan saudara mara serta keluarga adik-beradik yang dirai.

Seperti yang diadakan keluarga Pastor Severinus Umpok 63, dengan isteri tersayangnya, Thony Salagan 63, yang telah mengadakan  Majlis Ulang Tahun Perkahwinan mereka yang ke-40 buat kali yang ke 2 yang telah diadakan di Cherry Club dan Restaurant Inanam Kota Kinabalu baru-baru ini dengan meriahnya turut dihadiri 5 pasangan suami-isteri anak kepada Pastor Severinus yang semuanya mengenakan pakaian Tradisional suku kaum Kadazan-Dusun menceriakan suasana majlis.

Majlis bertemakan ‘With Jesus  In The Family’ itu dimulakan  dengan Renungan dan Doa Khas dipimpin oleh Pr.Kozani disusuli acara Memotong Kek, Jamuan Makan dan Cabutan Bertuah.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan penghargaan oleh Pr.Severinus, berterima kasih kepada seluruh keluarga yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

“Semoga dengan kehadiran kita semua diberkati Tuhan dan kita  diberikan rezeki serta kesihatan yang baik sepanjang hayat,”jelas Pr.Severinus sambil berterima kasih atas kehadiran lebih 40 orang saudaranya ke majlis tersebut.

     TAMAT
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN