Tun Musa (dua dari kanan) membaca surah Yasin bersama ahli jemaah yang lain.
BEAUFORT : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama warga Rumah Anak Yatim Al-Aman Kampung Bingkul, pada Jumaat.
Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah disusuli bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Ikhwan Asgandi dari Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
Ikhwan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas sebelum mengimamkan solat Isyak bersama-sama 200 jemaah termasuk penduduk dari sekitar Beaufort.
Hadir sama, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Roslan Muharam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih. -PENERANGAN-