31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

TYT Musa Aman zahir takziah, kenang jasa besar Allahyarham Bung Moktar

Tun Musa ketika menziarahi Allahyarham di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu lewat malam tadi.

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Tun Musa berkata beliau, bersama isteri Toh Puan Faridah dan seluruh keluarga, amat berdukacita atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar roh bekas Timbalan Ketua Menteri itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

Tun Musa menyifatkan Allahyarham Bung Moktar sebagai tokoh politik yang telah memberikan sumbangan besar kepada negeri Sabah, khususnya ketika memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri. Katanya, khidmat dan bakti Allahyarham kepada rakyat jelas terpahat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai antara Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat di negara ini.

“Sudah tentu, dalam jangka masa yang panjang itu, beliau telah menaburkan banyak jasa kepada negeri dan negara melalui pelbagai cadangan serta saranan

“Semua jasa ini akan terus dikenang oleh seluruh lapisan rakyat Sabah,” katanya.

Tun Musa turut memaklumkan bahawa beliau sempat menziarahi Allahyarham di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu lewat malam tadi. Ketibaannya pada kira-kira jam 11.40 malam disambut oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jaferi Ariffin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN