35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tuntutan palsu: Bekas timbalan pengarah di Sabah ditahan SPRM

Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM. – Gambar fail

TERKINI : Bekas timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM14,000 pada Rabu.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut sumber, wanita berusia 40 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Sabah sekitar jam 10 pagi selepas hadir memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati, tuntutan resit palsu berhubung pelaksanaan program-program agensi kerajaan telah dikemukakan suspek sekitar Julai 2013 sehingga Ogos 2014.

Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM. -Awani

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN