Gambar: SinarHarian
KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi.Perkhabaran itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran sebentar tadi.
“Ya ayah sudah meninggal dunia. Kami dimaklumkan oleh pihak hospital pada pukul 6 pagi.
“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.
Terdahulu, Allahyarham, 91 tahun, dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos susulan dijangkiti COVID-19.BACA: Tun Sakaran dimasukkan ke ICU akibat jangkitan COVID-19
Sakaran, berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.Beliau sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994. -Awani