ADVERTISEMENTspot_img

Tun Musa, Toh Puan Faridah Hadiri Jamuan Teh Diraja

Ketibaan Tun Musa (kiri) dan Toh Puan Faridah (dua dari dari kiri) diiringi oleh Hajiji (belakang, dua dari kanan) dan Juliah (kanan). 

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bagi meraikan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Isnin.

Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Kinabalu itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya serta barisan jemaah menteri kabinet negeri.

Hadir sama memberikan penghormatan pada majlis tersebut ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN