32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tukar hak milik tanah rizab kepada orang kampung: Fairuz

0leh: liza Din

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan mencadangkan agar tanah-tanah rizab dalam Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) digazetkan kepada rakyat.

“Tanah-tanah ini boleh dikeluarkan daripada senarai tanah rizab SAFODA dan diberikan pemilikan kepada orang kampung kerana orang kampung memerlukan tanah untuk membina kediaman, bercucuk tanam dan menternak haiwan.

“Hal ini amat perlu untuk diteliti kerana rakyat tempatan sudah lama menetap di kawasan tanah-tanah rizab tersebut dan pernah membuat permohonan untuk memiliki tanah tersebut, namun gagal kerana tanah tersebut dinyatakan sebagai tanah rizab milik SAFODA,” kata Fairuz.

Fairuz berkata demikian semasa berucap dalam sesi perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) kali ke-16 di sini hari ini.

Menurut Fairuz, untuk mencapai matlamat Belanjawan Negeri Sabah 2022 dengan tema Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera, pernilaian semula dan pemberian pemilikan tanah-tanah rizab kepada rakyat mampu menjadi satu faktor penyumbang kepada pemulihan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Rakyat dapat bercucuk tanam dan menternak, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka dengan sektor ekonomi sara diri, melalui tanah yang diberikan kepada mereka.

“Saya yakin, permasalahan tanah bukan hanya timbul di kawasan saya di Pintasan, bahkan juga di kawasan lain di seluruh negeri Sabah dan semoga Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan ini, demi kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fairuz turut mencadangkan supaya sebuah menara komunikasi di bina di Kampung Toburon, Kota Belud bagi memberikan manfaat jaringan perhubungan telekomunikasi bagi penduduk Kota Belud hingga ke Kudat dan Kota Kinabalu.

“Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa lima buah menara komunikasi akan dibina di negeri Sabah demi untuk memastikan komunikasi jalur lebar dan komunikasi tanpa wayar dapat dimaksimakan dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk negeri Sabah.

“Saya yakin, jika sebuah menara ini dibina di kawasan Kota Belud, pastinya prasarana ini akan membantu penduduk untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi dan mengubah gaya hidup mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan sosial,” tambah Fairuz lagi.

Fairuz yang juga merupakan Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah turut menasihati penunggang basikal yang mengadakan aktiviti sukan itu untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mengabaikan aspek keselamatan sepanjang berbasikal.

“Aktiviti sukan berbasikal sudah menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat masa kini untuk menjalani gaya hidup sihat namun aspek keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan dan tidak diabaikan kerana masih ramai penunggang basikal yang dilihat agak kurang mengutamakan aspek keselamatan, terutamanya apabila berbasikal dalam kumpulan yang besar dan bersaing sesame sendiri di jalan raya.

“Ini mampu mengundang bahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain, kerana kadang kala, penunggang basikal ini tidak menggunakan suit sukan yang bersesuaian untuk aktiviti berbasikla, tidak memakai helmet keselamatan dan tidak memasang lampu semasa berbasikal pada waktu malam,” jelas Fairuz.

Fairuz meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi berkaitan untuk merangka pelan jangka panjang untuk aktiviti sukan berbasikal seperti penyediaan trek berbasikal yang sesuai di semua jalan raya di seluruh negeri Sabah.

“Selain mampu menyelamatkan nyawa penunggang basikal semasa mereka berbasikal di trek khas, kita juga dapat membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat kita melalui aktiviti riadah, dengan saluran yang betul.

“Saya percaya jika kita mempunyai keazaman dari pihak pemerintah, kita pasti mampu melaksanakan suasana yang harmoni untuk seluruh rakyat Sabah, insyaAllah,” ujar Fairuz lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN