Gambar : Robert (kiri) bersama cikgu Lauzurus.
KENINGAU:Walaupun situasi pandemik Covid-19 yang mencatatkan kes harian yang semakin tinggi dan membimbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri terus menjalankan tanggungjawab demi rakyat di kawasannya.
Katanya, tugasan dan tanggunjawab demi kepentingan rakyat tetap diteruskan dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja berkata demikian selepas menerima kunjungan cikgu Lauzarus Lajiun bagi pihak Majlis Guru Besar Daerah Keningau.
Dalam kunjungan itu mereka membincangkan isu-isu semasa dan program-program yang bakal diadakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Keningau sepanjang tahun ini .
Robert berharap agar semua yang dirancang oleh Majlis Guru Besar dapat berjalan dengan lancar, dipermudahkan dan sempurna.
Beliau juga berterima kasih atas kunjungan tersebut.
Sementara itu Lauzurus berterima kasih kepada Robert kerana kesediaan menerima kunjungannya sebagai wakil MGB Keningau.