25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 5, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tubuh J/Kuasa Khas Bertindak tangani dadah di Sabah: James

JAMES (duduk) ketika melawat pejabat AADK Keningau pada Sabtu


KENINGAU: Menteri Pembanguanan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk James Ratib menggesa agar satu Jawatankuasa Khas Bertindak ditubuhkan bagi tujuan memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah di negeri ini.


Menurut beliau, melalui Jawatankuasa Khas Bertindak itu, mekanisma terbaik boleh dikenalpasti bagi menangani masalah dadah di Sabah, terutama sekali di Kawasan luar bandar.


James yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah merangkap Adun Sugut berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Daerah Keningau pada hari Sabtu.


Dalam lawatan tersebut, beliau berpeluang berjumpa sendiri dengan pegawai dan skuad AADK di sini, dan pada masa yang sama diberikan taklimat berkenaan fokus utama AADK khususnya di kawasan Pedalaman Atas.


“Hasil dapatan daripada sesi taklimat bersama AADK, saya akan mencadangkan satu Jawatankuasa Khas Bertindak yang akan dianggotai AADK, PEMADAM dan pemimpin akar umbi, termasuk agensi dan badan-badan NGO untuk mencari mekanisma dalam usaha berterusan memerangi najis dadah di negeri ini.


“Saya telah melawat pejabat AADK Kawasan Keningau (Pedalaman Atas) dan berjumpa dengan para pegawai di sini


“Kita telah membuat perbincangan terperinci tentang apakah tindakan-tindakan yang perlu kita ambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah terutama sekali di Kawasan luar bandar,” katanya.


Sebagai Menteri KPMKR, James menegaskan bahawa salah satu tanggungjawab beliau ialah keatas masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat Sabah.


“Justeru, saya akan berbincang dengan Pengarah AADK dan Pengarah Pemadam bagaimana AJK ini dapat ditubuhkan Bersama dengan masyarakat serta komuniti kampung,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata, lawatannya pada kali ini bukan sahaja di Kawasan Pedalaman Atas di Keningau, tetapi lawatan tersebut juga akan disambung lagi ke daerah-daerah lain seperti di Pantai Timur dan juga di Kawasan Kota Kinabalu.


AADK merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala di Sabah, agensi ini di bawah KPMKR.


Agensi tersebut menjadi agensi peneraju membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang meliputi Pendidikan Pencegahan, Penguatkuasaan Dan Keselamatan, Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan dan juga Hubungan Antarabangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN