26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tuan tanah sedia beri tapak untuk dirikan menara Telekomunikasi

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Seramai 260 orang pelajar termasuk 80 orang pelajar Sekolah Menengah dari 5 buah kampung di kawasan DUN Paginatan di sini belum menikmati kemudahan   liputan Internet kerana ketiadaan  menara telekominikasi.

Keadaan itu menyukarkan mereka untuk mengikuti pembelajaran menerusi dalam talian terutama ketika  ini, berdepan dengan pandemik Covid-19.

Seorang ibu bapa dari kampung terlibat, yang hanya mahu dikenali sebagai Gabin (gambar atas) merayu kepada kerajaan supaya menyediakan  kemudahan tersebut untuk membolehkan pelajar dan juga penduduk  terlibat mengakaksis maklumat penting.

“Saya bersedia memberi tapak tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan menara telekomunikasi jika diperlukan”, jelas Gabin.

Menurut Gabin kampung-kampung terlibat  ialah, Kg.Wallau, Kg.Panulangun, Kg.Tinanom, Kg.Kodop dan Kg.Kigiwit.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN