Sukuran (tengah), Fadzilah (empat dari kanan) bersama pengarah pengarah bahagian Perbadanan Labuan bergambar kenangan di pintu masuk Trek Ekologi Taman Botani Labuan.
LABUAN: Trek Ekologi Taman Botani Labuan yang baru siap sepenuhnya merupakan Taman Dalam Bandar yang mengabungkan elemen, konversi, pendidikan dan rekreasi mampu meningkatkan eko pelancongan yang lebih menarik.
Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Sukuran Mohd Taib ketika merasmikan Trek Ekologi Taman Botani Labuan di sini pada Jumaat.
‘ Trek Ekologi sepanjang 710 meter direka bentuk bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati keindaha flora tempatan dan penyelidikan, tetapi juga menjadi platform dalam usaha memupuk kesedaran pemuliharaan dan memperkasakan alam sekitar sekitar khususnya dalam kalangan warga bandar” katanya.
Sementara itu Sukuran berkata, Jabatan Landskap Negara telah pun mululuskan peruntukan sebanyak RM 5 juta untuk menambah baik kemudahan infrastruktur di taman berkenaan.
‘Kerja kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian dijangka akan bermula tahun depan yang tertumpu kepada kemudahan yang memberi manfaat kepada orang ramai yang berkunjung mahupun yang beriadah di taman itu.
Sukuran berkata antara kemudahan yang akan ditingkatkan termasuklah menambah baik gazebo, pusat maklumat dan pondok pengawal keselamatan.
Katanya Perbadanan Labuan amat menghargai pemberian peruntukan ini yang secara tidak langsung akan membantu meningkatkan infrastruktur Taman Botani Labuan.
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud dan pengarah pengarah Bahagian Perbadanan Labuan,



