30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TPM1 Tiba di Sandakan Rasmikan Konvensyen, Perhimpunan BN Sabah

DOA…Ahmad Zahid (dua dari kanan) mengaminkan doa yang dipimpin oleh Pegawai JHEAINS.

SANDAKAN:   Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 10.10pagi Ahad 


Hadir menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sandakan ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan ahli-ahli serta parti komponen BN.


Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan merasmikan Konvensyen BN Sabah dan Perhimpunan BN Sabah sempena Sambutan Jubli Emas BN Ke-50 di Dewan SMJK Tiong Hua, Sandakan pada jam 1.30 petang ini.


Turut serta dalam rombongannya ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambri Abd Kadir; Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin.- Penerangan– 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN