28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TPM  umum peruntukkan tambahan  lebih RM10 juta beri  sinar baharu rakyat Labuan

ZAHID moreh  bersama Rafi dan AJK UMNO Bahagian

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan menyifatkan penambahan peruntukan  lebih  RM10 juta  yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Moreh bersama Kepimpinan UMNO Labuan baru baru ini memberi sinar baharu kepada rakyat Labuan.

Mohd Rafi yang juga Pengerusi Penasihat Giat Mara Labuan berkata, pada majlis itu, TPM yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)  telah meluluskan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta bagi tambahan Jalan Pembangunan Desa dan Projek  Emeniti Sosial.

Selain itu katanya, TPM juga  mengumumkan peruntukkan tambahan sebanyak RM3.28 juta bagi pembinaan tambahan PRRT (20 buah)  berjumlah RM1.58 juta dan peruntukan tambahan bagi projek membaik pulih PPRT sebanyak 100 buah membabitkan peruntukan RM1.7 juta.

TPM juga katanya, tidak  lupa untuk golongan usahawan baharu dan  belia apabila turut memperuntukan sebanyak  RM2 juta bagi program peningkatan ekonomi dan pembiayaan Perniagaan di bawah MARA.

Manakala bagi golongan belia beliau turut memberikan peruntukan  tambahan sebanyak RM300,000 untuk kursus kemahiran dalam bidang minyak dan gas di bawah Giat MARA  serta bersetuju untuk meluluskan 20 kuata untuk anak anak muda Labuan menyertai kursus kemahiran dalam bidang electric car (EV) di negara China yang melibatkan peruntukan RM500,000.

“Syukur Alhamdulillah kehadiran TPM  ke Labuan kali ini memang luar biasa apabila meluluskan pelbagai projek dan program dan ini sekaligus bukan sahaja   memberi  sinar baharu  tetapi juga  mengembirakan rakyat Labuan”, katanya ketika ditemui di sini, baru baru ini.

Terdahulu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO ketika berucap pada Majlis Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Sultan Abdullah Sungai Bedaun  telah mengumumkan peruntukan  RM3.64 juta menerusi Kementerian  Kemajuan Desa Wilayah (KKDW) bagi melaksanakan  pelbagai projek pembangunan  rakyat untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN