ADVERTISEMENTspot_img

TOT  United KL dan Kazza YT FC muncul juara Grand Final Futasal Wilayah Persekutuan

JOHAN….pasukan TOT United bersama Ramlan (berdiri empat dari kiri) dan Sophian (berdiri tiga dari kiri)

LABUAN: Pasukan dari Kuala Lumpur TOT United dan Kazza YT FC masing masing  muncul juara kategori lelaki dan wanita Kejohanan  Futsal Wilayah Persekutuan selepas kedua-dua pasukan menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan Labuan dalam aksi grand  final yang berlangsung di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan, di sini, pada Sabtu.

Bagi kategori lelaki pasukan TOT United Kuala Lumpur berjaya menewaskan pasukan tuan rumah  Sun Wukong FC dengan keputusan 4-1.

Dengan kemenangan itu pasukan TOT United menerima hadiah wang tunai RM1,500, sebuah piala dan medal, manakala Sun Wukong yang terpaksa berpuas hati sebagai naib johan menerima hadiah wang tunai R1,000, sebuah piala dan medal.

PASUKAN Kazza YT FC bersama hadiah yang dimenangi.

Sementara itu bagi kategori wanita pasukan Kazza YT FC gabungan Kuala Lumpur dan Putrajaya menewaskan pasukan AMK Infinity FC Labuan 5-3 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 sebuah piala dan medal.

Manakala pasukan AMK Infinity menerima hadiah wang tunai RM1,000, sebuah piala dan medal.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlan Shahean @ Askolani.

 Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Ismail dan Presiden LAFA, Sophian Said.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dan Perbadanan Labuan itu turut  melibatkan pertandingan  akhir jemputan  pelajar sekolah  bawah 18 tahun yang menyaksikan pasukan Kolej Matrikulasi Labuan menewaskan SMK Labuan 2-0.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN