31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Toh Puan Norlidah Santuni 25 Kanak-kanak Istimewa

SUMBANGAN…Toh Puan Norlidah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak istimewa daerah Beaufort

BEAUFORT : Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyantuni 25 kanak-kanak istimewa Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU) Beaufort.


Mereka dirai dalam Majlis Lawatan Amal Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri 2024 yang diadakan di sini, pada Khamis.


Pada majlis tersebut, Toh Puan Norlidah menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan yang disumbangkan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah.


Turut menerima sumbangan ialah bapa tunggal, Abdul Kahar Kanap yang memelihara anak istimewa masalah pembelajaran dan ibu tunggal, Haginis Tansin yang membesarkan tujuh orang anak yang mana empat daripadanya merupakan anak istimewa masalah pembelajaran.

Penguasa TDKKU Beaufort, Norbaya Maidin memaklumkan pusat di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Am Sabah tersebut mula beroperasi pada 2013 dan bertujuan bagi memberi perkhidmatan penjagaan dan membimbing anak-anak istimewa untuk melakukan aktiviti harian.

Menurut Norbaya, pusat berkenaan kini mempunyai 15 penghuni tetap dan transit dengan kekuatan 12 orang kakitangan terlatih dan kebanyakan keluarga yang mendapatkan perkhidmatan adalah merupakan anak-anak istimewa daerah Beaufort dan Membakut.Hadir sama, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang di-Pertua MUTIARA GRS, isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi yang juga 

Naib Yang di-Pertua MUTIARA GRS, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Nuinda Alias, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Jais Asri yang juga Pengerusi Induk Majlis Lawatan Amal Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri 2024, Pegawai Daerah, Mohd Nazri Ajun dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Beaufort, Dayang Hanim Awang –PENERANGAN

5. SUMBANGAN…Toh Puan Norlidah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak istimewa daerah Beaufort.

6.  SUMBANGAN KHAS…Haginis (lima dari kiri) ditemani dua anak beliau ketika menerima sumbangan yang disampaikan Toh Puan Norlidah (lima dari kanan).7. 

Penguasa TDKKU Beaufort, Norbaya Maidin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN