31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TKM setuju pengwujudan dan pewartaan sebuah perkampungan Persatuan Dusun Minamasok

Dimie menyerahkan memorandom persatuan kepada Dr. Jeffrey.

KENINGAU:Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan bersetuju pengwujudan dan pewartaan sebuah perkampungan Persatuan Dusun Minamasok di Batu 17 jalan Keningau – Kimanis.

Walau bagaimanapun katanya, ia perlu dipohon kepada pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan yang berkaitan.

“Pada dasar kita bersetuju penempatan ini diwartakan sebagai sebuah perkampungan kerana semua penghuni adalah orang asal Sabah namun ia hendaklah melalui saluran yang betul” katanya semasa berucap merasmikan majlis sambutan kaamatan, raya dan hari keluarga Dusun Minamasok Borneo Utara di Batu 17, Jalan Keningau – Kimanis baru-baru ini.

Pada majlis itu Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan merangkap Ahli Parlimen Keningau meluluskan sebuah Generitor  30 kv dan Penyambungan graviti di penempatan Dusun Minamasok itu.

Sementara itu pengerusi penganjur Primus Goduli menyatakan sokongan persatuan itu kepada kepimpinan Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Pada majlis itu juga Persatuan Minamasok kemasukan ahli daripada Jekry Kinsik dan rakan-rakannya.

Hadir sama pada majlis yang dihadir oleh lebih 300 orang itu, Presiden Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara Dimie Guntob @ Dimie bin Said dan barisan AJK Persatuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN