Jeffrey bersama rombongan semasa melawat jalan putus yang sedang dibaiki.
KENINGAU:Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan hari ini melawat jalan yang telah terputus dan sedang dalam kerja membaik pulih di kilometer 14 dan kilometer 16 jalan Keningau – Apin-Apin.
Sempena lawatan itu Jeffrey yang diiringi oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor diberi taklumat oleh Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR)Keningau Zulkefli Bin Salip Arjud tentang kerja-kerja pembaikan.
Jeffrey (tiga dari kanan)menyerahkan replika kunci kepada Wong. Turut kelihatan Robert (dua dari kiri)
Turut sama pada lawatan itu Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Jurutera Kanan Jabatan Pengairan Dan Saliran Ir Dachord Muojing, Penolong Pegawai Daerah Edward Bongsu dan PPM Bingkor Junior Fred.
Seterusnya rombongan mengiringi Dr. Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau untuk menyerahkan kunci rumah kediaman kepada Mr Wong Su Fen di Kampung Sigapon.
Peruntukan rumah tersebut disumbangkan oleh Dr. Jeffrey.
Hadir sama Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson dan PPM Liawan Fred Toyong.