30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Titah Yang di-Pertuan Agong mengenai MA63 isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan: Robert

KENINGAU: Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disifatkan isyarat jelas untuk Kerajaan Persekutuan melihat perkara itu dengan teliti.

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Robert Tawik berkata, titah Yang Di-Pertuan Agong secara tidak langsung memberi ingatan kepada semua Ahli Dewan Rakyat, khusunya Pentadbiran Tertinggi Kerajaan Persekutuan untuk serius memuktamadkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Penting bagi pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk terus melihat langkah penyelesaian Perjanjian Malaysia 1963 dengan tuntas sesuai dengan titah Seri Paduka Baginda yang berpuas hati dengan perkara itu. Bermakna, tiada lagi karenah yang boleh menghalang kearah merelisasikan Perjanjian Malaysia 1963 kepada rakyat Sabah dan Sarawak”. Katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor menegaskan, semua Ahli Dewan Rakyat daripada Sabah dan Sarawak perlu senada membahas perkara-perkara yang berkaitan dengan MA63 dalam sidang Parlimen kali ini tanpa mengira ideologi politik.

Katanya, pentas perbahasan di Parlimen adalah landasan terbaik untuk kesemua wakil rakyat dari kedua-dua wilayah itu untuk mengeluarkan segala idea bernas agar ianya dapat dimetrai segera demi kelangsungan pembangunan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Robert berkata, beliau menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda mengenai MA63 untuk memacu negeri Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan kearah lebih baik sama ada dalam soal politik, ekonomi mahupun perpaduan.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa berpuas hati dengan langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan dalam penyelesaian perkara-perkara yang berkaitan MA63 dan berharap perjanjian yang dimetrai dapat dimanafaatkan oleh semua pihak berkepentingan dalam memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN