25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Timbalan Presiden STARSABAH sependapat dengan pemimpin-pemimpin dalam GRS

Robert menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota KRT pada majlis itu.

KENINGAU:Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin sependapat dengan pemimpin-pemimpin parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)agar gabungan itu didaftarkan.

Menurut Robert yang juga Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor, GRS telah terbukti diterima rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN)Sabah yang diadakan secara mengejut pada tahun 2020 yang lepas.

“Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Warisan Sabah (Warisan)yang memerintah pada masa itu tumbang serta merta” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin selepas merasmikan Ramah Mesra /Santai AJK Baharu KRT Sungoi Bersama Pegawai JPNIN Daerah Keningau Sempana Tahun Baru 2022 pada Sabtu lepas.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu.

Robert berkata, ini membuktikan penerimaan rakyat Sabah terhadap GRS cukup jelas kerana walaupun pada masa itu GRS baru ditubuhkan mereka yakin GRS yang mampu membawa perubahan dan pembangunan kepada negeri Sabah.

“Justeru itu adalah lebih mantap lagi jika GRS didaftarkan sebagai satu wadah yang menyatupadukan parti-parti di Sabah yang bergabung di dalamnya seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS)” jelasnya.

Menurut Robert lagi, sudah sampai masanya GRS wajar didaftar selaras dengan konsep Sabah Maju Jaya (SMJ)yang membawa Sabah bukan sahaja lebih membangun tetapi terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam MA63.

Terdahulu pada majlis yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat terdiri daripada pemimpin KRT, Ketua Kampung dan JPKK itu Robert yang juga ADUN Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya mengingatkan setiap lapisan pemimpin masyarakat kampung menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Katanya, Ketua Kampung mempunyai tanggungjawab yang besar dalam soal ada istiadat dan menjaga kawasan kampung daripada dicerobohi oleh orang luar.

“Begitulah jugalah dengan KRT dan JPKK yang mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan masing-masing yang perlu dilaksanakan yang sudah tentunya menjurus kepada pembangunan dan kesejahteraan kampung” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN