27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TIMBA ILMU KURSUS KRAFTANGAN SEBAIK MUNGKIN – KAREEN

RANAU Pengerusi Persatuan Kebudayaan Etnik Dusun Ranau merangkap Pengerusi KDCA Cawangan Tanah Rata, Kareen Dom (gambar)i mengingatkan para peserta kursus kraftangan berasaskan manik dan dalai agar dapat menimba ilmu sepanjang kursus dengan sebaik mungkin.

Ketika dihubungi media BDB, Kareen memberitahu seramai 40 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai kursus tersebut. Kursus yang akan diadakan di Pusat Kemahiran Masyarakat Kampung Matan itu menyediakan dua slot iaitu kursus membuat Pinadang dan kursus manik dan dalai.

Kareen berkata tujuan utama kursus diadakan adalah untuk membantu kaum wanita peringkat kampung meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing. Menerusi kursus itu, kaum wanita dapat menimba ilmu pengetahuan sekaligus mempelajari kaedah yang mampu meningkatkan ekonomi masing-masing.

“Semasa berkursus, mereka berpeluang membuat kraftangan sendiri dan membawa balik bahan yang dihasilkan. Ia bukan sahaja untuk perhiasan bahkan boleh dijual bagi membantu meningkatkan pendapatan keluarga,” ujarnya.

Katanya jika peserta mengaplikasi ilmu yang telah mereka pelajari selepas tamat kursus, ia pasti mendatangkan hasil.

Sepanjang kursus para peserta akan dibimbing sepenuhnya oleh Jusnah Jinos iaitu salah seorang pengusaha kraftangan yang berjaya di daerah ini. Majlis penutupan kursus dijangka akan dilakukan oleh YB. Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Pembangunan Perindustrian, Merangkap Pengerusi KDCA Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN