25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga Pusat Media Dibuka, Akses Internet Sehingga 800Mbps Sokong Liputan PRU DUN Sabah ke-17

Teo ketika tiba di pusat media.

KOTA KINABALU: Bagi memperkukuh akses maklumat sepanjang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah Ke-17, Kementerian Komunikasi membuka tiga pusat media lengkap dengan internet berkelajuan tinggi sehingga 800Mbps.


Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pusat media itu diwujudkan di tiga lokasi strategik iaitu The Majulan Hotel di Penampang, The Pavilion Hotel di Sandakan serta The Heritage Hotel (Tawau).

“Semua pusat media dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam dan menyediakan kemudahan asas untuk wartawan termasuk internet stabil dengan kelajuan sekitar 800Mbps bagi memudahkan urusan penyuntingan dan penghantaran bahan berita.

“Selain itu, kita turut menyediakan Coffee Corner dengan makanan dan minuman ringkas untuk keselesaan petugas media.

“Mereka hanya perlu menunjukkan Kad Perakuan Media Dan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan semua kemudahan ini boleh digunakan secara percuma,” katanya ketika ditemui di Pusat Media, pada Sabtu.

Teo berkata, pusat media turut dilengkapi ruang sidang media khusus bagi memudahkan penyampaian maklumat rasmi oleh mana-mana pihak yang berkaitan dengan PRU DUN.

Bagaimanapun, beliau mengakui keluasan Sabah Menyebabkan tiga pusat media sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan wartawan di seluruh negeri.

“Selain pusat media fizikal ini, kami juga mengaktifkan 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah MCMC sebagai lokasi alternatif.

“Kelajuan internet di pusat Nadi boleh mencecah 800Mbps, dan tidak kurang daripada 100 Mbps, sesuai untuk wartawan yang berada di kawasan pedalaman,” ujarnya.

Menurut Teo, inisiatif membuka Nadi kepada media bertujuan memastikan semua pengamal media mempunyai ruang kerja yang selesa serta akses internet berkualiti di mana sahaja mereka ditempatkan sepanjang PRU berlangsung./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN