32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga penjawat awam ditahan reman 5 hari bantu siasatan SPRM

SUSPEKĀ  ketika di bawa ke Mahkamah Majestrit Labuan, pagi ini (Rabu).

LABUAN: Tiga penjawat awam beruniform termasuk seorang wanita  direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan tuntutan  bernilai lebih RM100,000.

Perintah reman itu dikeluarkan  oleh Hakim Majestrit, Lovely Natasha Charles selepas Pegawai Penyiasat SPRM Labuan, Joe Randy Juster bersama Aina Nur  Izazi Ahmad Zahari mengemukakan permohonan.

Ketiga tiga suspek yang berumur antara 34  hingga 38 tahun itu telah ditahan oleh  SPRM di Labuan dan seorang daripadanya di tahan di Tawau pada petang Selasa   kerana  disyaki  mengunakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi tujuan tuntutan penugasan  rondaan Keselamatan  sempena Sambutan  Kemerdekaan  Tahun 2019 di Wilayah Persekutuan Labuan berjumlah RM103,664.00.

Kesemua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini (2 Ogos 2023)  mengikut Seksyen  18 Akta SPRM 2009.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN