22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga insan hebat terima anugerah khas sempena Malam Apresiasi Kelab Juruacara Ranau.

Dari kiri: Haji Jahidin, Mujie dan Mahmud

RANAU: Tiga individu dari latar belakang berbeza telah menerima anugerah sempena Majlis Apresiasi Kelab Juruacara Daerah Ranau (REC),  Pengamal Media dan Penulis Ranau, di sini pada Jumaat.

Mendahului penerima, Tuan Haji Jahidin bin Lumat (Kategori Pengacaraan) yang menerima anugerah ‘Juruacara Sepanjang Zaman‘. Anugerah itu diberikan kepada beliau atas penglibatan serta sumbangannya dalam bidang pengacaraan sejak era tahun 80-an.

Jahidin yang dilahirkan pada tahun 1961 di Kg.Libang, Ranau, mula aktif sebagai juruacara pelbagai program dan majlis di peringkat daerah pada tahun 1994. Antara penglibatan awal beliau ialah menjadi pengacara sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau sehingga tahun 2005.

Beliau juga sering menjadi pengacara Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Ranau, dan antara pencapaian yang menjadi kenangan indah beliau dalam bidang pengacaraan apabila diberi peluang menjadi pengacara sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad ke daerah Ranau. Ketika itu Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri yang keempat.

Mahmud Jahar ( tengah) ketika menerima anugerah khas ‘Sasterawan Sepanjang Zaman’ disampaikan oleh Datuk Jonathan Yasin sambil diperhatikan Persiden Juruacara Ranau, Aduka Jasnin Suman.

Selain menjadi pengacara, Jahidin juga pernah menjadi penyampai radio secara sambilan di Radio Televisyen  Malaysia (RTM) untuk rancangan Remaja-Remaja (RR), sekitar tahun 1988-1989.

Kini, Jahidin yang juga Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi manjun, tidak lagi aktif dalam bidang pengacaraan atas faktor umur dan kesihatan.

Bagi kategori “Wartawan Sepanjang Zaman‘, anugerah ini telah diberikan kepada bekas wartawan sambilan, cikgu Mujie bin Jaimin atau nama pena beliau Anja-Zim.

Mujie yang dilahirkan pada tahun 1956, di Kg.Kituntul Ranau dan dibesarkan di Kg.Kinapulidan,  mula menceburi bidang kewartawanan pada awal tahun 1973 ketika belajar di tingkatan tiga.

Beliau mendapat asas kewartawanan daripada  Emin Madi, seorang wartawan dan penerbit di bahagian Bahasa Malaysia, akhbar harian Sabah Times, ketika itu.

APRESIASI…Sebahagian ahli Kelab Juruacara Ranau yang menerima apresiasi, merakam gambar bersama Datuk Jonathan (berdiri tengah) dan rombongan Pegawai Perhubungan Parlimen.

Beliau yang bergiat aktif dalam bidang kewartawanan  sejak 1973 sehingga tahun 1995 telah banyak melaporkan  berita yang beraku di Daerah Ranau sepanjang kariernya.

Mujie yang kini telah bersara wajib sebagai seorang guru, pernah mendapat penghargaan atas penglibatan beliau dalam bidang kewartawanan, antaranya daripada Rukun Tetangga Kota Kinabalu dan Persatuan Seni Daerah Tuaran.

Seorang lagi insan hebat yang telah dirai pada majlis itu adalah Sasterawan Mahmud bin Jahar. Beliau dinobatkan sebagai ‘Sasterawan Sepanjang Zaman’.

Mahmud yang juga seorang pesara guru dilahirkan di Sandakan pada 11 April 1950, kini tinggal menetap di Kampung  Matan Ranau, bersama isteri dan anak-anak.

Mahmud mula berminat dalam penulisan SAJAK sejak 1969. Karya beliau  seriang siarkan dalam akhbar-akhbar tempatan Sabah seperti New Sabah Times, Daily Express, Utusan Borneo dan akhbar arus perdana seperti Berita Minggu  termasuklah majalah Dewan Sastera dan majalah Wanita.

Sepanjang berkarya, beliau telah menerima pelbagai penghargaan, antaranya sebagai penulis Prolifik Sandakan tahun 1983 dari Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah. Beliai juga merupakan antara pemenang menulis sajak anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  dan Badan Bahasa Dan Sastera Sabah (BAHASA) bagi tahun 20 Julai 2018.

Sebahagian pengamal media yang turut menerima apresiasi pada malam itu

Mahmud yang kini masih aktif menulis  juga pernah dipilih sebanyak dua kali sebagai penulis terbaik dalam acara SUNTIK di Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah sepanjang tahun 201 dan /2018.

Anugerah lain yang pernah diraih beliau ialah anugerah Penulis veteran Sabah tahun 2020 dan penerima anugerah Seni dan Sastera sempena Dasar Warga Emas Negara anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2020.

Mahmud juga turut serta dalam lebih 10 antologi sajak bersama penulis-penulis lain antaranya antologi sajak  Malaysia Dalam Puisi, Perkasihan Musim dan telah menerbitkan dua kumpulan sajak persendiriannya berjudul Sandakan dan kumpulan Sajak berjudul DIA pada tahun 2020.

Dari Kiri: PPM Dounis Sani, Datuk Jonathan, Aduka JS, Kenny (JaPen) dan CDO Hj Suhaimi Manjun

Kini beliau menjadi ahli  Badan Bahasa dan Sastera (BAHASA) Sabah.

Dalam majlis yang diadakan secara santai di DL Flower Cafe Kilimu bertemakan Cowboy dan Retro itu, beberapa ahli  Kelab Juruacara Ranau dan pengamal media turut menerima sijil Apesiasi.

Anugerah-anugerah kepada penerima telah disampaikan tetamu kehormat pada malam itu, Datuk Jonathan Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun Kundasang, Dounis Sani,  mewakili Datuk Dr.Joachim Gunsalam, CDO Haji Suhami Manjun, mewakili Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dan Pegawai Penerangan Daerah Ranau, Kenny Thomas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN