Sebahagian penghuni berkumpul diluar bangunan Ujana Kewangan Labuan pada sesi latihan tersebut.
LABUAN: Tiga indivudu di Bangunan Ujana Kewangan Labuan (FPL) terselamat dan hanya mengalami cedera ringan dalam satu kejadian kebakaran di bangunan itu kira kira jam 9 pagi, pada Rabu.
Akibat kejadian itu ratusan penghuni bergegas keluar apabila diarah mengosongkan bangunan tersebut.
Beberapa minit kemudian lokasi berkenaan dipenuhi kenderaan penyelamat khususnya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Wilayah Persekutuan Labuan, Ambulan dari Hospital Labuan membantu memadam kebakaran dan menyelamat mangsa yang terperangkap.
Pada masa yang sama pihak FPL mendapati terdapat tiga individu masih terperangkap, namun kesemua berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan kecil sebelum di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Operasi menyelamat tamat kira-kira sejam kemudian selepas pasukan bomba berjaya memadamkan api ditempat kejadian.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada salah satu mesin pencetak yang tetdapat di bangnan itu meletup.
Namun, situasi itu bukan kejadian sebenar sebaliknya simulasi Latihan Kebakaran Bangunan Financial Park Labuan (FPL) oleh pihak pengurusan FPL dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Jabatan Kesihatan Labuan.
Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park Labuan, Johari Mesar berkata, lstihan tersebut bertujuan bagi mendidik penghuni di bangunan itu termasuk kakitangan Ujana Kewangan supaya sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi situasi cemas khususnya ketika berlakunya kebakaran.
“Kita mendapati hasil daripada latihan itu, penghuni di bangunan ini mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dari segi tindakan pengosongan bangunan dan menyelamatkan diri” katanya ketika di temui media sejurus tamat sesi latihan itu.
Turut diadakan sesi post-mortem bagi menilai dan mengenal pasti kelamahan yang berlaku dalam lattihan itu.
Bangunan setinggi 17 tingkat itu mempunyai lebih 1,200 penghuni melibatkan kakitangan kerajaan, swasta dan peniaga.



