PENAMPANG: Seorang lelaki dan tiga perempuan cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Tambunan – Kota Kinabalu selepas Jalan Gunung Emas.
Menurut kenyataan media dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, panggilan diterima melalui MERS999 pada pukul 10.17 pagi tadi (Sabtu).
Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penampang digerakkan ke lokasi diketuai Calixtus Fedelis bersama lapan anggota dengan kekuatan satu buah jentera kecemasan (FRT) dan satu buah jentera kecemsasan (EMRS).
Menurut Komander Operasi, kemalangan melibatkan 1 buah kenderaan jenis Toyota
Land Cruiser terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter.
Terdapat 4orang mangsa cedera parah di mana, pasukan bomba menggunakan “Sistem Takal” untuk menaikkan keempat-empat mangsa dan membuat rawatan awal sebelum dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera kecemasan (EMRS) dan Ambulance pihak perubatan. Operasi tamat pada jam 12.35 tengahari.-TAMAT-



