ADVERTISEMENTspot_img

Tiga acara utama pengisian Pesta Ambuyat Sabah PMBS 2026 tahun ini

SELEPAS Mesyuarat ..Sapdin(duduk empat dari kanan) dan AJK yang lain bergambar kenangan.

KOTA KINABALU: Tiga acara utama telah disusun untuk Pesta Ambuyat Sabah Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) yang akan diadakan pada 1 Nov 2026 depan.

Acara tahunan yang akan diadakan di Dewan Wawasan Kg Pimping Membakut itu antaranya Pertandingan Set Idangan Ambuyat Brunei Sabah yang akan membezakan hidangan etnik Brunei ini dengan etnik yang turut memakan makanan tradisi di Sabah ini.

Pengerusi Pelaksana Pesta ini, Datuk Sapdin Ibrahim berkata dari itu pertandingan tahun ini akan menampilkan sedikit kelainan dari menumpah ambuyat, membuat cecahnya dan juga hidangan makanan sampingan yang lain yang akan disediakan oleh peserta.

“Selain menumpah ambuyat yang lebih cantik tumpahannya, rasa cecah yang lazat dan nyaman juga akan turut diberikan tumpuan dalam pengadilan kali ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Persediaan Pesta Ambuyat di sini pagi Sabtu.

“Dua kriteria inilah yang akan dapat membezakan set idangan ambyuat masyarakat Brunei dengan kaum-kaum lain,” katanya.

Setakat ini 14 kumpulan dari cawangan-cawangan PMBS dari seluruh Sabah sudah mengesahkan penyertaan.

Beliau berkata dua lagi acara yang akan menarik pengunjung dalam pesta ini nanti ialah Pertandingan Gambus Solo dan Pertandingan Mengual Kulintangan Remaja Bawah 16 tahun.

“Kita memperkenalkan pertandingan Gambus Solo dan Mengual Kulintangan agar muzik tradisional suku Brunei ini dapat dikembangan lagi kalangan anak-anak remaja agar ianya terus diminati dan tidak hilang ditelan zaman,” tegasnya.

Beliau berkata muzik tradisional ini wajar dikembangkan kalangan generasi muda agar ianya terus mendapat tempat kalangan masyarakat di Sabah.

Seperti tahun lepas Anugerah Pelajar Cemerlang juga diteruskan sebagai pengiktrafan atas kejayaan ekadimik anak-anak suku kaum Brunei di Sabah.

Untuk tahun ini PMBS melalui Yayasan Dangsanak Sabah ( YDS) menyediakan 100 kouta masing-masing 50 untuk Pelajar Cemerlang SPM dan 50 lagi untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Bagaimanapun kata Sapdin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (YDS) berkata Biro Pendidikan yang diketuai oleh Prof Dr Haji Rasid Hj Mail mendapati hanya 30 calon saja yang mendapat 7A ke atas untuk SPM dan 43 pelajar mendapat 3.00 ke atas.

Dua pelajar Paling Cemerlang yang memperolehi 10A dalam SPM dan 4.00 STPM akan menerima insentif tunai lebih tinggi dari pelajar cemerlang yang lain.

Pesta Ambuyat ini akan dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN