EUGENE (tengah) bersama kakitangan Tiara Labuan Hotel yang melaksanakan program CSR melalui program Gotong Royong
LABUAN: Tiara Labuan Hotel menganjurkan Program Tanggung Jawab Sosial (CSR) dengan melaksanakan gotong royong membersihkan pantaiĀ di sekitar Pantai Tanjung Purun, dekat sini pada Sabtu lalu.
Menurut Pengurus Tiara Hotel Labuan, Eugene Chin, program tersebut yang melibatkan 30 kakitangan hotel antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharan dan pemulihan alam sekitar di kalangan pekerja hotel.
āKami berharap usaha ini akan dapat diteruskan dan dilaksanakan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dan tanggung jawab sosial bersama dan sekaligus dapat mengekalkan kebersihan keindahan pantai Tanjung Purunā katanya.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur Tiara Labuan Hotel, Nurāain Osman merancang mejalankan lebih banyak aktiviti Tanggung Jawab Sosial untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.
TAMAT