26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tiara Hotel Labuan raikan anak-anak yatim dalam majlis Iftar

TETAMU jemputan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis itu.

LABUAN: Tiara Hotel Labuan meraikan 25 anak-anak yatim dan kurang berkemampuan dalam satu majlis Iftar Ramadan yang diadakan di hotelĀ  berkenaan pada Ahad.

Majlis yang menjadi acara tradisi Hotel Tiara setiap menjelang bulan Ramadan itu turut mendapat kerjasama daripada Syarikat Labuan Shipyard Engenering Sdn. Bhd.

Pengurus hotel berkenaan, Eugine Chin berkata, pada tahun ini pihaknya telah mempelawa seramai 25 anak-anak yatim dan kurang berkemampuan yang dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat  untuk diraikan dalam majlis berbuka puasa Iftar.

Kesemua anak-anak yang kurang bernasib baik itu menerima kit raya dan duit raya serta buah kurma.

Hadir pada majlis itu, Yang Di Pertua PAS kawasan Labuan, Haji Hamir Zahari mewakili Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad dan Pengurus Bahagian Korporat dan Komunikasi, Cik Zyee Faezah Dulie Marie.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN