24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tiada Kiraan Selipar Semasa Aidilfitri – Pesuruhjaya Polis Sabah

Gambar fail

KOTA KINABALU: Kelonggaran pergerakan mengikut zon semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sabah dibenarkan namun, acara rumah terbuka masih tidak dibenarkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, menteri sudah mengumumkan pergerakan di negeri ini kekal mengikut enam zon yang ditetapkan. Jadi pergerakan dalam zon yang sama ketika sambutan raya dibenarkan.

Bagaimanapun, polis masih menghantar pasukan pematuhan untuk membuat rondaan tapi tidaklah sampai tengok selipar.

“Tapi jangan terkejut sekiranya ada polis memberi salam dan mengetuk pintu semasa hari raya. Kita mahu memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Perhimpunan sesama anggota keluarga tiada masalah, kita cuma takut ada perhimpunan beramai-ramai yang mengadakan majlis rumah terbuka.

Kita menasihatkan orang ramai tidak buat rumah terbuka kerana ia tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini. SabahToday

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN