27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TIADA BONUS RAYA UNTUK PENJAWAT AWAM?

Ada atau tiada

▪︎

Putrajaya, 20 April 2021 – Perayaan aidilfitri akan berlangsung beberapa minggu lagi. Namun, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum memberikan kepastian mengenai status bonus perayaan aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara kerajaan.

Tambahan pula, pengumuman Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin beberapa hari yang lalu berhubung ketiadaan wang kerajaan mengukuhkan lagi jangkaan bahawa bonus raya tidak akan diberikan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Malahan, Azmin Ali juga turut menyatakan perkara yang sama kepada media beberapa hari yang lalu sekaligus mengukuhkan jangkaan bahawa kerajaan bakal tidak memberikan bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Kegagalan kerajaan bersaing secara kompetitif dengan Indonesia ketika pandemik COVID-19 telah menyebabkan Negara Malaysia gagal menarik keyakinan pelaburan asing untuk meletakkan pelaburan di Malaysia sebaliknya lebih memilih Indonesia sebagai destinasi pelaburan.

Tambahan lagi, pengisytiharan darurat telah menyebabkan majoriti pemain industri global enggan melabur di Malaysia. Pengisytiharan darurat menjadi simbol bahawa kerajaan berada di dalam keadaan tidak stabil samada daripada sudut kesihatan, ekonomi mahupun politik.

Oleh itu, majoriti pihak menjangkakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan memberikan bonus perayaan aidilfitri pada tahun 2021. Walaubagaimanapun, majoriti penjawat awam dan pesara kerajaan masih menunggu pengumuman lanjut daripada Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN