30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

The Crocker Range Festival 2024 diadakan pada 19-21 Julai 2024

Ahli Jawatankuasa Penganjur TCRF 2024 diketuai oleh Datuk Robert Tawik semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu pada Jumaat.

KOTA KINABALU: The Crocker Range Festival (TCRF) 2024 yang kini masuk musim ke-7 akan diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2024 di Dataran Keningau, Keningau.

Pelbagai acara menarik akan diadakan sempena TCRF 2024 antaranya ialah perarakan dan persembahan Etnik Budaya Sabah, Miss & Mister Crocker Range, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan hiasan payung kreatif, pertandingan melukis doodle, strongman challenge.

Northborneo motosport carnival 2.0, pertandingan pembuatan kraftangan, pertandingan nyanyian TCRVoice, pertandingan tarian rampaian Melayu, pertandingan manangon, pertandingan bercerita dan banyak lagi.

Selain itu, pelbagai jualan usahawan tempatan dan persembahan menarik juga menanti para pengunjung seperti acara pada waktu malam iaitu The Crocker Range Rhythm of Symphony yang akan diadakan pada 19 Julai, The Night of National Costume pada 20 Julai dan Final Miss & Mister Crocker Range (20 Julai) bermula jam 8.00 Malam.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur TCRF 2024 semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Jumaat.

Rombongan TCRF 2024 diketuai oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Bingkor.

Turut hadir Pegawai Daerah Keningau, Encik Peter J. Moinjil, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau,Encik Mohd Fawzi Bin Abdul Kadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Encik Rafie Robert dan Pengarah Program TCRF2024 Encik Daffri Adzahari.

Menurut Rafie Robert, TCRF yang diadakan sejak tahun 2015 itu dijangka dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau pada 20 Julai 2024, jam 8 malam.

Katanya, penganjuran festival seperti ini dapat menarik lebih ramai pengunjung daripada luar dan dalam negeri untuk datang ke daerah Keningau dan seterusnya dapat merangsang ekonomi penduduk setempat, sekaligu dapat mempromosikan produk pelancongan tempatan.

Rafie turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan kerjasama, khususnya para penaja TCRF 2024 bagi memastikan festival ini dapat dijalankan dengan jayanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN