26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Terminal Feri Kenderaan Labuan perlu ada mesin pengimbas kargo: Datuk Chin Hon Vui

Datuk Chin Hon Vui


LABUAN: Ketua MCA Bahagian Labuan, Datuk Chin Hon Vui berkata, pintu keluar dan masuk di Terminal Feri Kenderaan Labuan perlu ada mesin pengimbas kargo bagi memastikan aktiviti penyeludupan minuman keras dan juga rokok tidak bercukai dapat dibenteras.


Beliau berkata, ketiadaan mesin pengimbas yang diletakkan di pintu dan keluar dan masuk Terminal Feri Kenderaan menyebabkan kerajaan kehilangan sumber duti eksais berbilion ringgit setiap tahun akibat aktiviti penyeluduapan.


Katanya, Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai kini terdedah dengan aktiviti penyeludupan secara terbuka kerana kawasan yang menjadi pintu utama keluar masuk ke tanah besar Sabah dan Sarawak tidak dilengkapi dengan mesin pengimbas kargo.


“ Aktiviti penyeludupan berlaku secara terang-terangan di depan mata kita melalui terminal feri disebabkan ketiadaan mesin pengimbas kargo di tempatkan di kawasan berkenaan” katanya di sini kelmarin.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian yang berlaku baru baru ini, apabila sebuah lori yang membawa muatan minuman keras tanpa deklarasi Kastam berjaya melepaskan diri sebelum ditahan oleh anggota Penguatkuasa Pasukan Polis Marin di Pekan Menumbok Sabah.


Menurut Chin, itu antara kes yang berjaya dikesan dan dilaporkan oleh pihak penguatkuasa, sebaliknya beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak kes-kes penyeludupan yang gagal dikesan oleh pihak penguatkuasa.

Justeru itu, beliau berharap kerajaan melalui Kementerian Kewangan menyedari akan perlunya pintu keluat danh masuk Labuan di Terminal Feri kenderaan dilengkapi dengan mesin pengimbas kago untuk menyelesaikan kegiatan penyeludupan yang telah berlaku sekian lama.


Kementerian Kewangan pada bulan Disember 2018 mengatakan kerajaan akan memasang 69 mesin pengimbas, bernilai RM700 juta, di semua pintu masuk pada akhir 2019 untuk membendung kegiatan penyeludupan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN