27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

TERKINI- RENTAS DAERAH MENGIKUT ZON BERMULA ESOK, 1 OKTOBER

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Pergerakan rentas daerah mengikut zon di Sabah akan  bermula esok, 1 Oktober .

Perkara itu disahkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Masidi yang juga jurucakap perkembangan Covid-19 Sabah, pembahagian daerah dalam zon adalah seperti berikut:

Zon 1 – Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

Zon 2 – Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu.

Zon 3 – Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran.
     
Zon 4 – Lahad Datu dan Kunak.
                
Zon 5 – Keningau, Tambunan dan Tenom.

“Manakala bagi Daerah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan adalah dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district) disebabkan daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60% vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa,: jelas Masidi. –






ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN