ADVERTISEMENTspot_img

TERBAKAR: Tiga rumah musnah dalam api

Anggota Bomba memadam kebakaran yang berlaku di Kg Kinasaraban Baru itu


RANAU: Tiga keluarga di Kg Kinasaraban Baru kehilangan tempat tinggal serta asset berharga selepas rumah mereka terbakar dekat sini pada petang hari Rabu.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib memberitahu kejadian tersebut berlaku di Jalan Lohan Ranau pada kira-kira jam 2 petang.


“Panggilan diterima melalui Talian Balai pada jam 2.09pm lalu sekumpulan anggota Bomba seramai lapan orang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II KUP Neil Thomson Lee bergegas ke lokasi.


“Setiba ditempat kejadian yang terletak 11 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan tiga buah rumah. Rumah pertama jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan 40×50 kaki terbakar 90 peratus.


“Rumah kedua jenis separuh kekal berkeluasan 30×30 kaki terbakar 30 peratus, manakala rumah ketiga jenis kekal berkeluasan 20×20 kaki terbakar 10peratus,” katanya.


Menurut Ridwan, pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan, dengan sumber air dari jentera dan air terbuka. Mujur tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN