25.6 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TERBAKAR: Rumah musnah dalam api


RANAU: Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar dekat sini pada pagi hari Jumaat.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib memberitahu kejadian berlaku di Kg Napong Ranau pada kira-kira jam 5.50am.


“Panggilan diterima melalui Talian MERS999 pada jam 5.57am lalu sekumpulan anggota Bomba seramai 9 orang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Wasli bin Saupin bergegas ke lokasi.


“Setiba ditempat kejadian yang terletak 18 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 20X18 kaki terbakar 100%.


“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 1 aliran, 200 kaki, 2 pancutan sumber air dari jentera FRT. Operasi terkawal pada jam 6.28am,” katanya.


Menurut Ridwan tiada kecederaan mangsa terlibat dilaporkan. Mnakala anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.


“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada bahaya lain, dan operasi ditamatkan pada jam 6.50am,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN