28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tengku Adnan dipenjara setahun, denda RM2 juta 

Ku Nan – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan, empat tahun lalu.

Gagal membayar denda itu, hukuman penjara itu boleh ditambah lagi enam bulan.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan peguam bela, Datuk Tan Hock Chuan agar hukuman penjara dan denda itu digantung sehingga selesai proses rayuan.

Terdahulu, Tengku Adnan didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2 juta daripada Tan Sri Chai Kin Kong, empat tahun lalu. – UTUSAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN