30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama bersesuaian dengan konsep keharmonian sebuah keluarga

Robert menyampaikan buah tangan kepada kumpulan kebudayaan Kampung Tuntumulud.

KENINGAU: Sambutan Hari Malaysia bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama amat bersesuaian dengan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan kebersamaan dan kesyukuran.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan perlu terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi negeri dan negara yang tercinta serta sekaligus memartabatkan agenda untuk membina negara. 

Katanya, Sabah sudah mengharungi 59 tahun sebagai negeri yang merdeka, semoga hari Malaysia disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata demikian semasa berucap pada program Semarak Merdeka Uniti Keluarga Malaysia Teguh bersama anjuran KRT dan SIB Kampung Tuntumulud baru-baru ini.

“Saya ingin lihat semangat Patriotik sentiasa mekar dalam hati kita setiap tahun, semangat ini akan kita perkukuhkan lagi di sepanjang sambutan hari Malaysia semoga dengan cara seumpama ini rasa cinta kepada negara  akan berkekalan” katanya.

Robert berkata, sebagai rakyat Malaysia, perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan bukan sekadar Retorik penghakisan sejarah semata-mata.

“Sempena sambutan hari Malaysia bagi tahun 2022 ini kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat Patriot cintakan tanah air dalam diri masing-masing”,

“Saya percaya perasaan cinta kepada Negara inilah yang boleh menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di Negara ini” tambahnya.

Kejayaan Negara pada hari ini katanya, adalah hasil usaha tanpa jerih perjuangan kita pada satu ketika dahulu bagi melihat sebuah Negara Bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat.

Jelasnya, erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN