SEBAHAGIAN guru dan staff yang menyertai Program Team Building SMK Pantai.
LABUAN: ‘Program Team Buliding’ yang dianjurkan oleh SMK Pantai dan Kelab Guru dan Kebajikan Staf (KGKS) yang diadakan di pantai Pancur Hitam, baru baru ini mampu mengukuhkan keharmonian dan persefahaman yang lebih erat antara guru dan staf.
Pengetua SMK Pantai, Ismail Abdullah berkata selain itu ia juga dapat mewujudkan suasana mesra dalam kalangan guru dan staf SMK Pantai.
“Perpaduan dan persefahaman sangat penting untuk memastikan semua guru dan staf SMK Pantai dapat melaksanakan tugas dengan teratur dalam suasana yang harmoni” katanya selepas turut serta dalam program tersebut.
Beliau berkata, program yang turut mendapat kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Wilayah Persekutuan Labuan itu telah disertai seramai 79 guru dan 10 staf dari sekolah itu telah menyertai program tersebut yang dikendalikan oleh Kitli Beka yang sedang menjalani program Perantisan program National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di SMK Pantai.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung termasuklah, senam robik, sukaneka, sambutan hari jadi, cabutan bertuah serta acara berkayak.
Turut diadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar pantai Pancur Hitam yang menjadi salah satu daya tarikan pengunjung untuk beriadah pada hujung minggu.