35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TAWAWO MENANG DALAM KARNIVAL INOVASI 2.0 PKPP UMS

Oleh: Dr. Sharifah Rahamah Amirul & Dr. Colonius Atang

▪︎Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Rakan Strategik BDB▪︎

SLOGAN ‘Menginovasikan Kearifan Tempatan’, Produk inovasi perlindungan diri ‘OrTAs’ berasaskan tumbuhan Tawawo (Bluemea balsamifera) merangkul Anugerah Khas Pengarah PKPP dan Anugerah Emas pada Karnival Inovasi 2.0 Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung secara dalam talian baru-baru ini.

Inovasi yang dihasilkan mahasiswa kursus kokurikulum berkredit Kepimpinan dan Motivasi (BAKTISISWA) Seksyen 1 dibentangkan oleh mahasiswa Muhammad Ikqhwansyah bin Dalwan dan Siti Hilmin binti Alhabib di bawah bimbingan Dr. Colonoius Atang telah diiktiraf para juri kerana menepati ciri ‘inovasi mudah dan realistik’. Kumpulan pelajar ini juga turut muncul sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbaik Video.

Maklum balas daripada mahasiswa yang menyertai karnival ini adalah sangat positif walaupun ramai yang menghadapi kesukaran pada peringkat awal kerana terpaksa berurusan dengan rakan sekumpulan dan jurulatih yang belum pernah mereka temui secara bersemuka di dalam talian. Namun alah bisa tegal biasa, hasil usaha dan kecekalan mahasiswa dapat merealisasikan penciptaan produk mereka. Antara maklum balas hasil pembelajaran yang sempat diperolehi daripada beberapa orang mahasiswa ialah:

  • Memupuk Kerjasama
  • Menjadi lebih kreatif dan inovatif
  • Belajar mencipta sesuatu yang unik dan bermanfaat kepada komuniti
  • Mencipta produk
  • Teruja untuk terus mencari idea mencipta sesuatu yang boleh membantu komuniti menyelesaikan masalah

Dalam pada itu, Pengarah PKPP UMS, Dr. Jurry Foo memaklumkan Karnival Inovasi yang diadakan buat kali kedua ini adalah usaha berterusan untuk memupuk budaya rekacipta dalam kalangan mahasiswa, ‘Kita ingin memupuk budaya berfikir dalam kalangan mahasiswa untuk  mencari idea mencipta sesuatu yang mudah dan realistik iaitu efektif kepada masyarakat’ ujarnya. Karnival Kokurikulum 2.0 ini menerima 28 penyertaan daripada semua kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan di PKPP pada semester ini. PKPP dalam rangka memperluaskan lagi Karnival Inovasi ini ke peringkat antarabangsa dalam masa terdekat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN