27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tarikh 31 Ogos tahun ini disambut dengan lebih istimewa

JENDDY (tengah) mewakili Datuk James, menyempurnakan gimik pelepasan


KOTA KINABALU: Tarikh 31 Ogos tahun ini, semua rakyat Sabah bersama-sama melakar sejarah dalam menyambut Hari Kebangsaan dengan semangat yang tinggi dan penuh patriotisme.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata, ini kerana pada tahun ini, rakyat Sabah akan turut merayakan Hari Sabah selepas diwartakan pada 5 Jun yang lalu.


“Pada tarikh yang sama pada tahun 1963, kita di Sabah meraihkan Hari Kemerdekaan Sabah dan ianya telah diraihkan di Kota Belud dan juga Kota Kinabalu dan Sandakan, justeru ia juga merupakan hari yang bersejarah bagi semua rakyat Sabah,” kata beliau.


James yang juga ADUN Sugut berkata demikian samasa Majlis Pelepasan Peserta Konvoi Merdeka yang diadakan di Main Entrance, Sabah International Convention Centre(SICC) pada hari Jumaat, di mana beliau diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Jenddy Sanggau.


“Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam satu majlis yang penuh bermakna pada pagi ini iaitu Majlis Pelepasan Peserta Konvoi Merdeka.


“Konvoi ini bukan sekadar perarakan semata-mata, tetapi ia adalah simbol perpaduan, keazaman, dan cinta kita kepada tanah air tercinta, Malaysia


“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta konvoi yang sudi mengambil bahagian dalam program ini. Anda semua adalah duta kecil yang akan membawa mesej kemerdekaan dan keamanan ke lokasi yang bakal dilalui dan dituju,” katanya.


Beliau berharap perjalanan konvoi itu akan menjadi satu pengalaman yang berharga dan penuh makna buat semua.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis itu.


“Tanpa usaha gigih dan komitmen anda, acara ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.


“Saya doakan agar konvoi ini berjalan lancar dan peserta semua selamat tiba di destinasi. Marilah kita teruskan perjuangan dalam mengisi kemerdekaan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesungguhan.

Semoga Malaysia terus maju, aman, dan Makmur,” jelas beliau.


Turut hadir,Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jais bin Asri, Pengarah Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional Negeri Sabah, Delin Lait Blaun, Pengurus Besar LPPS, Khairi Alias, CEO SICC, Datuk Dr. Hajah Rosmawati Haji Lasuki, Ketua Pengurus Program KRT Likas Selatan, Hj Mohd Ibrahim Hj. Mohd Yassin, Pengerusi Penganjur Konvoi Merdeka, Hajah Mariah Haji Takin, Pegawai Perpaduan, John Aping, Pegawai Perpaduan, Masri Rayner, Hajah Dayang Rugayah Awang besar, dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN