JOHAN….Tapa menerima hadiah daripada Haryadi.
LABUAN: Tapa Jani muncul johan Pertandingan Cahaya Ramadan Sinari Syawal (Lampu Warna) peringkat Kampung Pohon Batu sempena Aidilfitri 2025.
Beliau menerima hadiah wang tunai RM 600 beserta hamper.
Naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Jaludin Salam dan Rosaini Ramlee masing-masing menerima RM400 dan RM250 beserta hamper.
Manakala tempat keempat dan kelima disandang oleh Tassim Amin dan Kula Bidin seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM100 dan hamper.
Pertandingan yang merupakan tradisi tahunan sebelum menjelang Syawal telah disertai 24 peserta anjuran Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Kampung Pohon Batu. (GABPOBA).
Sementara itu, Pengerusi GABPOBA Mohd Hazwan Tamin berkata, program sedemikian merupakan program tradisi tahunan yang diadakan setiap tahun.
Katanya, program tersebut mendapat sambutan daripada penduduk kampung yang mana setiap penganjuran melebihi sasaran penyertai pertandingan tersebut.
Dalam pada itu, beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada rakan strategik yang banyak membantu dari segi peruntukkan kewangan dan juga komitmen tenaga kerja.
Antaranya JPKK Pohon Batu, KRT Pohon Batu, Majlis Belia Labuan (MBL), Masjid Al-Munawar dan UMNO Bahagian Labuan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan selepas solat Aidfitri di perkarangan Masjid Al-Munawar yang sampaikan oleh Pengerusi JPPK Pohon Batu Haryadi Omar.
Hadir sama dan turut menyampaikan hadiah iaitu Pengerusi KRT Pohon Batu Dassuki Zainal, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Munawar Pohon Batu Tassim Amin dan Pengerusi GABPOBA Mohd Hazwan Tamin.