Nurzalizah Kartika Abdullah
LABUAN: Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah meminta kepada mana-mana penganjur supaya menangguhkan dulu majlis keraian yang sedang dirancang sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula mula hari ini (17 Oktober) sehingga 30 Oktober ini.
Beliau berkata semua aktiviti keraian yang membabitkan majlis perkahwinan, sambulatan ulang tahun, majlis keagamaan mahupun perhimpunan yang membabitkan seperti seminar, bengkel, kursus latihan dan persidangan adalah dilarang semasa pelaksanaan PKPB.
PENGHARGAAN… Kartika menyampaikan cenderahati kepada juru gambar BERNAMA selepas taklimat SOP PKPB di pejabatnya pada Jumaat.
Kartika juga menjelaskan selain itu aktiviti yang berkaitan mesyuarat, insentif konvensyen dan pameran juga dilarang.
“ Tindakan ini diambil sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID 19 yang kini semakin meningkat di pulau ini sejak hujung bulan lalu” katanya kepada pemberita ketika memberi taklimat mengenai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang berkuatkuasa dari 17 sehingga 30 Okt ini.
Menyentuh mengenai aktiviti perairan, beliau menjelaskan perkhidmatan pengangkutan air seperti feri Ro-Ro, feri ekspres dan bot laju dibenarkan beroperasi sehingga 6 petang dengan kapasiti terhad selain mematuhi SOP yang ditetapkan.
“ Begitu juga kegiatan yang berkaitan ekonomi seperti waktu operasi bagi restoran, gerai makan, penjaja lecil kecilan, medan selera, kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam” katanya.
Sementara itu, Kartika turut mengesa warga Labuan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk sama sama mengekang penularan pendamik COVID 19 yang kini memasuki gelombang ketiga.