30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tangan ghaib’ punca pencalonan di Tenom ditolak – Peter Anthony

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Peter Anthony – yang pencalonannya untuk kerusi parlimen Tenom ditolak pagi ini – akan mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mahkamah pada Isnin nanti.

Bercakap kepada pemberita di Tenom, ADUN Melalap itu mendakwa terdapat ‘tangan ghaib’ di sebalik penolakan SPR terhadap pencalonannya.

Anthony mendakwa pegawai pengurus SPR yang bertanggungjawab ke atas pencalonanTenom telah pun menerima pencalonannya dan mengumumkannya sebagai salah seorang daripada enam calon, tetapi menarik balik keputusan itu kemudian selepas menerima bantahan daripada ibu pejabat suruhanjaya itu.

“Kami telah mengikut semua prosedur yang diperlukan, dan mereka (SPR) telah menyemak semua dokumen kami.

Kemudian mereka memaklumkan kepada saya bahawa semua dokumen saya adalah teratur dan lengkap.

“Selepas semua semakan dan proses saringan selesai, semua calon diminta mencabut nombor dan pegawai pengurus pilihanraya kemudiannya membuat pengumuman enam calon akan bertanding di Tenom.

“Kami kemudian diminta keluar dewan untuk pengumuman lain, tetapi malangnya, semasa kami keluar, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya bahawa mereka menerima bantahan daripada ibu pejabat SPR terhadap pencalonan saya,” katanya.-MalaysiaKini

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN