30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tanam pokok sebagai usaha meningkatkan keceriaan, kebersihan dan keindahan kawasan Pekan Ranau: Masidi

Masidi (kanan) menerima cendaramata disampaikan Jumain diperhatikan yang lain.

RANAU: Komuniti  daerah ini digesa agar menanam pokok bunga hidup sebagai antara usaha meningkatkan keceriaan, kebersihan dan keindahan kawasan pekan termasuk bangunan-bangunan kerajaan negeri, persekutuan dan sewasta.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan  merangkap Menteri  Kewanhan  II, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata, usaha mecantikkan pekan bukanlah tanggung jawab pihak berkuasa  tematan be (PBT) sahaja malah satu tanggungjawab dan peranan semua pihak termasuk penduduk setempat.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37
Karanaan berkata, adalah menjadi tanggungjawab yang harus dipikul oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan fahaman politik.

“Memandangkan  Ranau adalah antara daerah destinasi pelancongan  penting di Sabah, maka kecantikan, kebersihan dan keselamatan menjadi isu utama yang perlu diambil kira “, katanya ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Komuniti Daerah Ranau di Dewan  Masyarakat Ranau pada Sabtu.

Menurut Masidi, banyak terdapat ruang kosong kawasan pekan Ranau perlu ditanam dengan pokok bunga bagi mecantikkan panorama pekan dan bukan semestinya  perlu  dipenuhi sesak dengan bangunan yang akhirnya boleh menutup udara bersih persekitaran.

Beliau seterusnya  memertimbangkan hadiah berupa Wang Tunai kepada pemenang Pertandingan Kecantikan Lokasi yang akan dikendalikan pihak PBT dan MDR tidak lama lagi iaitu RM500 kepada pemenang Johan, RM300 kepada Naib Johan dan RM1 ribu kepada tempat Ketiga.

Program anjuran Kementerian Kerajaan Tempat dan Perumahan dengan Kerjasama Majlis Daerah Ranau itu, antara lain bertujuan untuk memupuk kesedaran  sikap bertanggungjawab  terhadap diri, keluarga dan orang lain dikalangan komuniti, memperkenalkan  program ‘recycle’ bahan harian  terpakai dan berkongsi pengetahuan sratus  semasa Covid-19 dan SOP yang sedang diguna pakai di Saba.

Pelbagai acara telah diadakan sempenan program itu yang dihadiri lebih 500 penduduk termasuk para pegawai dan Kakitangan Jabatan Kerajaan, Negeri, Swasta serta pemimpin masyarakat setempat.

Hadir sama ialah, Timbalan Menteri Kementeria Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Sementara berucap sama ialah, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi penganjur, Jumain Abd.Ghani dan Pegawai Eksekutif MDR, Jupirin Bin Haji Rohimin.
Antaralain acara ialah pameran dan penyampaian Sijil kepada para penerima Perandingan Kebersihan Tandas Awam, Swasta, Premis pekan Ranau dan  Kundasang.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN