Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri 

Home Nasional Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri 
Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri 

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.

Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. –UtusanMalaysia