27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Tan Sri Ghani Gilong Meninggal Dunia

AL-FATIHAH….Allahyarham Tan Sri Ghani Gilong

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kerja Raya Dan Tenaga Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghani Gilong, 88, telah kembali rahmatullah hari ini, di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.12 tengah malam tadi akibat sakit tua.

Menurut salah seorang anak Allahyarham,  jenazah akan dibawa balik ke daerah Ranau untuk urusan pengkebumian dan dijangka dikebumikan di Kampung Silou, hari ini.

Allahyarham merupakan bekas ahli politik serta negarawan berbangsa Dusun yang berasal dari Ranau. Allahyarham dilahirkan pada 30 Mei 1932 dan merupakan salah seorang penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun 2010, di atas jasanya yang banyak membantu dalam pembentukan Malaysia.

Tan Sri Ghani Gilong juga merupakan Ahli Parlimen Kinabalu yang pertama (kini Parlimen Ranau) dari tahun 1970 sehingga 1978 dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ranau (1963-1971)

Allahyarham pernah menjawat Menteri Kerja Raya Dan Tenaga pada tahun 1973  hingga 1974,  Menteri Kerja Raya  Dan Pengangkutan bermula 1974 1976, seterusnya Menteri Kerja Raya dan Kemudahan-Kemudahan Awam dari tahun 1976 sehingga1978.

Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN