Sebahagian perugas barisan hadapan, Rela turut merakam gambar bersama Delphenie.
RANAU: Kehadiran adik Delphenie Binti Duanis 13, dari SMK.Mat Salleh Ranau yang mengenakan pakaian ‘Kimono’ semasa hadir menerima Vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi (14 Oktober) menarik perhatian daripada 269 orang yang juga penerima suntikan vaksin dos kedua di PPV berkenaan.
Adik Delphenie anak keempat daripada lima beradik yang bercita-cita menjadi seorang Doktor Perubatan ketika ditemui memberitahu, baju yang dipakainya itu ada hasil rekaan dan jahitannya sendiri menggunakan mesin jahit ibunya di rumah mereka.

Delphenie sempat merakam gambar bersama Dr.Edwaider Koimon (kanan)dan rakan setugasnya di PPV dewan Masyarakat Ranau.
“Rekabentuk atau fesyen baju ‘Kimono’ ini memang saya minati dan saya dapat ilhamnya menerusi Internet”, jelasnya, yang meminati matapelajaran Sains turut menjelaskan pakaian Kimono ada adalah antara pakaian tradisi wanita suku kaum Jepun yang juga melaksanakan program mengekang pandemik Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.
“Saya juga seperti rakan-rakan yang lain terus mematuhi arahan pihak sekolah supaya menerima vaksin dos lengkap sebagai perisai diri sendiri, keluarga dan warga sekolah seluruhnya daripada jangkitan Covid-19, tambah Delphenie.
.